Kamis, 22 November 2012

Cara Memakai Kerudung Yang Benar


tudung-wardina-safiyyah
Cara Pemakaian Tudung Wardina Safiyyah – Sumber: Fanpage Wardina Safiyyah

Setiap orang Islam wajib menutup aurat. Bagi yang lelaki, auratnya adalah dari pusat sehingga ke paras lutut. Bagi yang perempuan pula, auratnya adalah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
Rasulullah S.A.W bersaba,
“Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R. Abu Daud)
Selain memakai pakaian yang sesuai, tudung adalah wajib dipakai orang perempuan bagi menutup aurat di kepala dan tubuh badan mereka. Walaupun ramai perempuan yang bertudung, tetapi tidak ramai yang memakai tudung dengan cara yang betul.

Jadi di sini, suka kami kongsikan dengan anda bagaimanakah cara memakai tudung dengan betul.
  1. Tudung yang dipakai mestilah menutup rambut dengan sepenuhnya
  2. Kain tudung tidak jarang sehingga boleh nampak rambut didalamnya
  3. Memakai anak tudung yang bersesuaian
  4. Menutup leher dan dilabuhkan tudung sehingga menutup dada
  5. Tidak menampakkan sanggul (atau bonggol) di kepala
  6. Dan akhir sekali, walaupun tidak berkaitan tetapi sentiasa senyum seperti Wardina Safiyyah :)
Semoga dengan perkongsian kami kali ini dapatlah kita sama-sama meperbaiki diri dan dapat memakai tudung dengan sempurna.
Tudung bukanlah sekadar untuk berfesyen tetapi tudung dipakai untuk menutup aurat seperti yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. Tutup aurat kita dengan betul, agar kita menjadi seorang hamba yang beriman.
ps: Untuk pengetahuan pembaca Tentang Cinta sekalian, Mrs Teddy suka sangat-sangat pada Wardina Safiyyah. Itu yang kami letakkan gambar kak Wardina di dalam entri kami kali ini. Kalau kak Wardina baca entri ini, Mrs Teddy sampaikan salam kepada akak. ^_^

Tidak ada komentar:

Posting Komentar