Kamis, 22 November 2012

Tips Untuk Menjadi Pakar Cinta


pakar-cinta

Anda sebenarnya boleh menjadi seorang Pakar Cinta. Semua orang! Tidak ada yang terkecuali. Malah anda juga boleh menggantikan kami di Tentang Cinta!
Apa yang penting, anda perlu memahami lima tips utama ini untuk menjadi seorang yang pakar dalam percintaan.
1. Banyakkan membaca
Anda perlu banyak membaca. Baca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan. Dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu anda tahu dalam bab bercinta ini.
2. Mendengar masalah
Daripada masalah orang, anda akan belajar masalah-masalah yang sering dihadapi orang lain. Daripada situ anda akan dapat memahami corak masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat selesaikannya daripada ilmu yang anda peroleh dari hasil pembacaan anda tadi.
3. Pelajari daripada orang lain
Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Forum Tentang Cinta merupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.

4. Fahami pasangan anda
Fahami sikap dan perbezaan pasangan anda. Pasangan anda merupakan pelengkap hidup anda. Dengan memahami perbezaan sifat lelaki dan perempuan, anda akan lebih mudah untuk tackle sebarang masalah dalam perhubungan. Bukan itu saja, mereka juga akan nampak anda seorang yang sangat memahami.
5. Pengalaman
Memang tidak dapat dinafikan lagi. Pengalaman merupakan guru yang terbaik untuk anda. Daripada pengalaman itulah yang akan membuatkan anda menjadi lebih matang dan bersedia untuk menjadi seorang Pakar Cinta. Pastikan anda mempelajari sesuatu daripada ‘guru’ pengalaman anda. Kalau tak, rugi!
Adakah anda mempunyai tips-tips lain untuk menjadi seorang Pakar Cinta? Kongsikan bersama kami di sini dalam ruangan komen di bawah. ;)

Bila Kekasih Lama Datang Kembali, Apa Pendapat Mu

Dulu, anda pernah berkenalan rapat dengan seseorang. Dia seorang kekasih yang baik, caring, dan pandai mengambil hati anda.
Tetapi disebabkan si dia ingin sambung study di oversea, perhubungan anda berdua terhenti di situ. Masing-masing membawa haluan sendiri. Dengan harapan, jika ada jodoh anda berdua akan berjumpa lagi.
Malangnya… Anda jenis yang tidak boleh keseorangan. Anda perlukan teman.
Selepas beberapa bulan, anda berkenalan pula dengan kekasih anda yang sekarang ini. Dia pun ok. Baik hati, peramah, dan juga pandai menjaga hati anda. Anda rasa happy dengannya.

(dipendekkan cerita…)
Kini, tiga tahun telah berlalu. Kekasih lama yang dulu sambung belajar di oversea telah pulang ke tanah air dan mencari anda semula.
Setiap hari dia akan call dan SMS tanyakan khabar. Pada waktu itu jugalah datang semula kenangan-kenangan manis di saat anda berdua bercinta masa dulu-dulu.
Anda rasa serba salah. Anda tidak tahu apakah yang patut anda lakukan.
Adakah anda patut melupakan kekasih lama ini, atau meninggalkan kekasih yang anda ada sekarang ini?
So wahai rakan-rakan dan pembaca Tentang Cinta, apakah yang akan anda lakukan jika anda berada dalam situasi yang sama seperti di atas?

Engkau Yang Ku Sayang Yang Bukan Sayangku

Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Untukmu ‘sayang yang bukan sayangku’, saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah memasuki dan menjalankan ajaran agamaku, saat aku berusaha menyalakan kembali ghirah ke-Islamanku yang sempat redup..
Kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan tak lagi menyerang dan perlahan menyingkir dariku.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’, aku sedar betapa dirimu tak boleh ku salahkan begitu sahaja. Bahkan aku selalu berhusnuzhan terhadapmu, kerana aku yakin kamu pun mungkin tak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini.
Wahai ‘sayang yang bukan sayangku’ sebenarnya ingin ku tanyakan kepadamu banyak pertanyaan yang tak boleh ku temukan jawabnya, kerana hanya dirimu yang tahu jawapannya.
Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..
Ya Allah Ya Aliim, sesungguhnya ENGKAU Maha Mengetahui.
Ya Allah, sesungguhnya hanya ENGKAU lah tempat kami bergantung.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Urus semua urusan makhluk.
Ya Allah, sesungguhnya ENGKAU Maha Mencintai dan Memelihara.
Ya Allah Ya Ghaffaar, sesungguhnya ENGKAU Maha Pengampun.
Betapa ku memohonkan kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk ‘sayang yang bukan sayangku’ adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, ampunilah aku. Hamba-Mu yang berlumuran dosa ini.
**yg baik jadikan sempadan**

Boediono Di Hambalang Di Century

Ketua Dewan Perwakilan Rakyat, Marzuki Alie, menyatakan meski Komisi Pemberantasan Korupsi telah menetapkan dua orang Deputi Gubernur Bank Indonesia sebagai tersangka, namun tidak serta merta dapat dinyatakan jika Wakil Presiden Boediono selaku Gubernur Bank Indonesia terlibat dalam tindak pidana korupsi bailout Bank Century.

"Deputi Gubernur itu ada beberapa orang. Dari sekian banyak deputi, yang jadi tersangka dua. Posisi Gubernur BI itu di atas. Dari seluruh deputi saja belum jelas statusnya, kok sudah ke Beodiono. Kan aneh ini," kata Marzuki di Nusa Dua, Bali, Kamis 22 November 2012.

Menurut Marzuki, biarkan keduanya yang telah jadi tersangka didengarkan keterangannya terlebih dahulu. "Bagaimana keputusan itu diambil, siapa yang paling berperan, apakah ini data yang dari bawah yang salah. Ada hal-hal administrasi yang tidak bisa kita tuntut ke ranah pidana," kata Wakil Ketua Dewan Pembina Partai Demokrat itu.

Marzuki mencontohkan dirinya sebagai Ketua DPR. "Saya membuat surat kepada presiden. Surat saya itu kan datangnya dari alat kelengkapan. Tidak bisa dong saya yang disalahkan hanya karena saya tanda tangan. Padahal itu (tanda tangan) karena kewajiban administratif," kata dia.

"Apa yang diputuskan oleh alat kelengkapan, yang harus tanda tangan kan saya sebagai ketua. Bahwa surat itu nantinya salah, tidak bisa dibebankan ke saya. Bahwa secara moral, iya. Tidak bisa dituntut dong," kata Marzuki.

Periksa Dulu Deputi


Menurut dia, jika yang menyuruh hal tersebut adalah Boediono, maka wajar jika tuduhan diarahkan kepada dirinya. "Tapi biarkan deputi itu dulu diperiksa. Kadang-kadang itu tanggung jawab administrasi. Tapi siapa yang merekayasa itu diproses dulu. Kalau yang menyuruh Gubernur BI baru kena. Kalau yang merekayasa di bawah, Gubernur BI cuma terima laporan. Ini yang saya lihat yang menuduh ini tidak pengalaman kerja," kata Marzuki.

Bagi Marzuki, kasus yang membelit Boediono sama halnya dengan kasus yang menjerat Menteri Pemuda dan Olah Raga, Andi Mallarangeng dalam kasus mega proyek Hambalang. "Orang yang menuduh seperti itu tidak pernah di birokrasi. Tidak pernah memegang jabatan-jabatan eksekutif. Ini tidak paham. Ada tanggung jawab pidana, ada tanggung jawab administrasi. Sama dengan Andi Mallarangeng. Dia tahu ada proyek itu. Tapi kalau dia harus tahu ada penyelewenangan di bawah, tidak bisa dong," ujar Marzuki.

"Jadi dalam kasus Boediono dicek dulu. Jangan karena dia ikut tanda tangan harus tanggung jawab. Di bawah main semua. Masak iya Gubernur BI mengutak-atik data. Saya lihat ini sudah tendensius," kata Marzuki.

Ia juga menyoroti pernyataan Ketua KPK, Abraham Samad. Menurut Marzuki, Abraham tersudut saat menyatakan pendapat. "Dia terpojok ditanya terus masalah Boediono. Orang menyebut Boediono aktor intelektual. Nah, dia terpojok, dia bilang, saya tidak bisa memeriksa. Ke luar kalimat itu. Jadi harus paham. Masyarakat beri penjelasan," kata Marzuki.

3 Sebab Laki-Laki Kurang Tertarik Pada Perempuan

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?
Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari apakah punca dan sebab kenapa ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.
Kurang keyakinan diri
Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau ada seorang lelaki kutuk kata, “Macam ni cakap cantik? Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!”. Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak?
Jika anda kata, “Ya!”, bagus! Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. Tetapi jika anda cakap “Tidak!”, sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata “Ya!” dan yakin cakap diri anda cantik.
Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek dan memalukan diri anda.
Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata “Ya!” walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat. Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda. “Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? Giler ke ape?”
Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau yang cuba melemahkan keyakinan diri anda.

Anda tidak cool
Owh…lelaki sangat tidak suka perempuan yang cepat marah, melenting dan merungut. Bagi lelaki ianya seperti anda ini seorang yang mengada-ngada dan gedik. Cerewet pun ye jugak.
Anda perlu bersikap matang dan lebih keperempuanan. Lelaki suka perempuan yang lemah lembut dan rilek sepanjang masa. Jangan kelam kabut. Anda seorang perempuan dan perlu nampak cool apabila berhadapan dengan lelaki.
Buat apa anda nak marah-marah di hadapan lelaki? Nak menunjukkan yang anda lagi hebat daripada mereka? Nak menunjukkan yang anda lebih dominan? Oh! Itu sangat menggugat ego seorang lelaki. Memang sah-sah lelaki akan menjauhkan diri dari anda. Bagi mereka, anda ini seorang yang poyo!
Penampilan diri yang tidak menarik
Ok anda mungkin seorang yang yakin pada diri sendiri, dan cool dalam perwatakan. Tetapi sayangnya penampilan diri anda tidak menarik. Pakaian anda compang camping, selekeh, dan tidak terurus.
Lelaki tidak berminat untuk mendekati perempuan yang tidak menjaga penampilan. Sedangkan diri sendiri tidak terjaga, bagaimana pula perempuan akan dapat menguruskan suami mereka nanti? Mungkin itu yang ditanya dalam hati seorang lelaki.
Semua orang inginkan pasangan yang cantik dan menarik. Jika anda sendiri pun tidak suka pada lelaki yang tidak menjaga penampilan, begitu juga dengan mereka.
Jadi hiasi diri anda dan tunjukkan yang anda mempunyai penampilan yang ceria, menarik dan terurus. Terutama sekali dari aspek pakaian. Mekap tak mekap, lelaki tak amik kisah sangat. Yang penting, pakaian yang dipakai itu memikat hati mereka. Dan tidak semestinya kena pakai seksi-seksa untuk memikat ye…

Cerita Cinta Penjual Pasar Malam

Mulut Adnan terjuih ke sebelah kanan sebelum kembali menggoreng nasi goreng ikan masin. Hidungnya bergerak-gerak menahan bau ikan masin yang menusuk hidung.
Kepala Amir automatik terpusing ke sebelah kanan.
Perempuan bertudung pink dengan boyfriendnya mungkin. Makcik berbadan besar berbaju kurung. Pekerja Medin dengan baju biru kuningnya.
Itu antara yang tertangkap dek mata bundar Amir di balik orang ramai yang mengunjungi pasar malam. Tangannya masih bergerak-gerak menggoreng kue tiau. Kalaulah lehernya lebih panjang.
“Apanya Adnan? Aku tak nampak pun.”
“Dia tak nampak pulak!!!” kata-kata Adnan mungkin tak dapat didengari Amir. Adnan masukkan nasi ke dalam belanga besar.
“Bang.”
Amir angkat muka. Terkejut. Sudip di sebelah kanan terlepas dari tangan dan termasuk ke dalam belanga berisi kue tiau goreng. Cepat-cepat Amir mencapai dengan tangan. Dan secepat itu juga Amir melepaskan semula sudip dan menggoyang-goyangkan tangan kanan kerana kepanasan. Dia pandang semula tangan kanannya itu. Mujur belum sempat melecur.
Baru dipandang semula gadis di depannya. Mukanya merah menahan malu.
Gadis itu tersenyum. Menahan tawa mungkin.
“Ya dik?”
“Err, mee goreng satu.”
Amir gelabah. Sempat dikerlingnya Adnan yang tengah menahan gelak. Amir pusing ke meja di belakang. Mengambil bungkusan mee goreng yang selesai digoreng sebentar tadi. Di masukkan pula ke dalam plastik biru. Lalu dia berpusing ke depan dan menghulurkan bungkusan mee goreng kepada gadis itu.
Gadis itu menjenguk ke dalam plastik.
“Cili jeruk bang?”
Amir seraya berkalih semula ke meja belakang dan mencapai sebungkus kecil cili jeruk lalu diletakkan dalam plastik berisi mee goreng.
Adnan terbatuk. Amir fikir dia tengah ketawa.
Si gadis menghulurkan sekeping not merah. Amir menyambut dan menyeluk poket apronnya. Tangannya berpeluh-peluh.
Amir menghulurkan baki kepada gadis yang masih tersenyum kecil itu.
“Jjual dik.” Sedikit gagap.
“Err. Bang?”
Amir pandang gadis itu lagi. Jantungnya kembali berdegub. Apa lagi ni?
“Err, mee goreng tu RM2 kan?”
Amir angguk.
“Baki ni abang bagi rm6.”
Adnan menepuk dahi. Amir segera keluarkan lagi RM2 dari poket apronnya.
RM2 bertukar tangan.
“Maaf ye dik.” Amir memohon maaf.
“Tak pe.” Seraya gadis itu tersenyum.
Amir terasa seperti hendak pengsan.
Petang Sabtu yang dinanti-nanti berlalu dengan senyuman gadis misteri itu dalam fikiran Amir. Amir tidak tahu siapa dia. Tidak tahu namanya. Tidak tahu asalnya. Tidak tahu umurnya. Apa yang Amir tahu setiap petang Sabtu gadis itu akan kelihatan sama ada berseorangan atau bersama teman-teman.
Sejak bertemu gadis itu tiga bulan yang lalu, Amir teringat-ingat. Terutamanya senyuman yang meruntun hati lelakinya. Amir bukanlah lelaki yang peramah, malah dia agak pendiam. Lain benar jika dibandingkan dengan Adnan. Gadis pekerja Medin pun pernah di tanya nombor telefon, ingin berkenalan.
Amir tidak pernah bertanya lebih kepada gadis itu. Dia gementar. Takut. Malu.
“Malunya kalah perempuan.”
Amir diam. Memandang ke luar tingkap van buruk milik Adnan.
“Kenapa kau tak tanya je. Adik nama apa? Belajar lagi ke?”
Amir diam lagi. Sikunya diletakkan di tingkap yang terbuka luas. Ibu jari termasuk sedikit ke dalam mulutnya. Sesekali menggigit kuku ibu jari tangannya itu.
Minggu itu berlalu macam biasa. Dan seperti biasa juga Amir menantikan petang Sabtu. Dalam banyak-banyak hari pasar malam – Amir dan Adnan tidak berniaga di pasar malam pada hari Jumaat – hari Sabtu yang ditunggu-tunggu.
Kali ini Amir muncul dengan plan baru. Dan dia cuma perlu menunggu kehadiran gadis itu.
Pukul 6 petang gadis itu belum muncul.
Amir gementar.
“Bang?”
Hatinya kembali berbunga.
“Mee goreng eh.”
“Berapa?”
“Satu.” Sambil jari telunjuknya di angkat tegak.
Amir menyigung lengan Adnan.
Adnan berdehem.
“Abang selalu nampak adik kat sini. Belajar sini ke?”
Gadis itu senyum. “Ya.”
Amir yang mendengar pura-pura sibuk menyiapkan bungkusan mee goreng gadis itu.
“Ooo. Belajar jurusan apa?”
“Perubatan.”
Amir tersentap. Bakal doktor rupanya.
Seperti biasa Amir menghulurkan bungkusan mee goreng kepada si gadis dan RM2 bertukar tangan.
“Kau ni. Dalam banyak-banyak soalan yang kau nak tanya, kenapa kau tanya dia belajar apa? Orang tanya nombor telefon ke, tinggal kat mana ke.”
Adnan terus membebel. Amir terus diam. Malah dia lebih diam berbanding selalu.
Dalam van Amir termenung.
Malam itu di ruang tamu, Amir mengeluarkan satu kotak sederhana besar dari bilik. Lalu dihembus-hembus penutup kotak yang berhabuk itu. Adnan yang sedang menonton TV memandang pelik.
“Kau nak buat apa tu?”
Soalan Adnan dibiarkan sepi. Amir terus membuka penutup kotak dan menyelongkar kotaknya.
Kening Adnan terangkat sebelah.
Amir mengeluarkan sebuah fail berwarna biru. Diselak-selak helaian fail itu. Adnan berkesot, duduk bersila di sebelah Amir.
“Apa tu?”
Amir tidak menjawab.
Mata Adnan tertumpu ke arah helaian itu.
Matanya terbuka luas.
“Result SPM kau ke ni?”
Amir mengangguk.
“Pandai jugak engkau!” Adnan bersorak kuat. “Tapi kau nak buat apa dengan sijil SPM ni?”
“Aku nak sambung belajar.” Amir membalas.
Adnan terkejut. “Kau biar betul?”
“Betullah.” Amir tengok muka Adnan.
“Dah tua ni baru kau nak sambung?”
“Mana ada tua. Aku baru 25.”
Adnan menepuk dahi.
“Kau buat ni sebab budak perempuan tu ke?”
Amir diam.
“Mir, kau nak sambung belajar apa? Budak perempuan tu nak jadi doktor kot. Tak payahlah.”
“Sekurang-kurangnya aku belajar jugak. Budak perempuan tu takkan pandang orang macam kita ni.”
“Hah! Sedar pun kau. Kita ni kerja apa je.”
Amir diam.
“Kau dah jatuh cinta sangat ke kat budak perempuan tu?”
“Aku rasa dialah orangnya.” Amir membalas tanpa memandang Adnan.
Adnan terdiam. Kali pertama dia melihat Amir sebegini rupa.
“Kenapa dulu kau tak sambung belajar? Keputusan kau bukannya teruk sangat pun. “
“Aku mana ada duit Nan. Dahlah mak dengan ayah pun tak ada.”
Adnan tersentuh. “Kau kerja dengan aku ni sebab kau nak kumpul duit belajar ke?”
Amir diam lagi.
“Tapi Mir. Berapa tahun kau nak belajar? Kalau kau ada diploma pun ada ke perempuan tu nak pandang kau? Kurang-kurang kau kena belajar sampai ijazah. Dah enam tujuh tahun habis.”
“Lagi satu Mir, sanggup ke dia tunggu kau lama macam tu? Dan soalan yang paling penting.” Adnan terdiam dan pandang Amir lama. “Dia suka ke tak kat kau? Lepas tu kau nak belajar sebab dia? ”
Amir tak dapat jawab.
“Sudahlah Mir.”
Punah hati Amir mendengar jawapan begitu dari temannya.
Pagi Ahad itu Amir menaiki motosikal ke kafe siber berdekatan rumahnya. Mahu mencari maklumat untuk menyambung pelajaran. Kalau boleh dia mahu ke IPTA sahaja. Kosnya tidak semahal IPTS.
Pulangnya dia dari kafe siber dengan senyuman yang lebar. Seronok dia bercerita kepada Adnan yang sedang menonton TV.
“Nan. Kau marah ke?”
Adnan diam.
“Kalau kau tak cukup duit, kau pinjamlah duit aku dulu. Aku ada simpan duit sikit.”
Amir pandang wajah Adnan dalam-dalam. Dia memeluk Adnan. Terharu.
Sabtu minggu itu terasa lebih bermakna. Dia senyum sahaja, melayan pelanggan dengan ramah.
Dan yang pasti, menanti si gadis pujaan.
Namun, petang Sabtu semakin gelap.
“Tak ada pun Nan?”
“Dia ada hal kot.”
“Tiap-tiap minggu datang je.”
Penantian Amir petang itu sia-sia.
Sabtu seterusnya Amir menanti dengan harapan. Namun bayang gadis itu masih tidak kelihatan.
“Dia balik kampung kot Mir. Cuti ke diorang tu.”
Amir sedapkan hati dengan anggapan Adnan itu.
Minggu ketiga Amir masih berharap. Hatinya lebih berbunga kali ini kerana dia baru sahaja menghantar permohonan untuk melanjutkan pelajaran.
Dan petang itu.
“Bang?”
Adnan tersenyum. Amir tersengih.
“Mee goreng dua.”
Amir mengangguk. Sedikit pelik apabila si gadis meminta dua bungkus mee goreng.
Untuk rakannya mungkin.
“Yang ni ke?”
Tiba-tiba satu suara garau singgah di telinga Amir.
“A’ah. Sedap bang. Ika selalu beli sini.”
Amir berpusing, menghulurkan bungkusan mee goreng lantas melihat pemilik suara garau.
Si lelaki menyambut bungkusan.
Siapa lelaki ni?
“Empat ringgit eh?”
Si gadis menghulurkan empat keping not biru kepada Amir. Amir menyambut empat ringgit. Sempat melihat jemari runcing si gadis.
Merah berinai.
Amir rasakan jantungnya berhenti bergerak.
“Abang nak beli apa lagi ni?” Si gadis bertanya kepada sang lelaki.
Mereka berjalan pergi. Sang lelaki memegang erat jemari si gadis yang merah berinai.
Amir melihat gadis dan lelaki itu pergi sehingga hilang dari pandangan. Dia terpana.
Adnan sekadar mampu menepuk bahu Amir.

Beberapa Perkara Yang Di Inginkan Dari Seorang Laki-Laki



Tujuan kami bertanyakan soalan tersebut adalah untuk membantu anda (lelaki khususnya) dalam mengetahui apakah perkara yang diinginkan oleh perempuan dari seorang lelaki. Setelah dikumpul dan disaring komen-komen yang diberikan oleh peminat-peminat Tentang Cinta kami yang tersayang (sayang la sangat) :-P berikut merupakan 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan yang telah kami susun mengikut abjad.
1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.

9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.

17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.
Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.
Walau apapun, kami ingin mengucapkan semoga anda berdua bahagia selama-lamanya… Amin… :)