1. CINTA adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahwa hanya
dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan
ada duanya.
2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan
yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari
kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu
padanya.
3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang
kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti
akan mengingatimu
4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya
amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah
berahsia dengannya.
5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali
merendah-rendahkannya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar
bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah
diri.
6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu
rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu walaupun
sesaat.
7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.
8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa
kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari
jadinya lambat lagi. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah
sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila
kamu beri hadiah padanya.
9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.
10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.
11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.
12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.
13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…
14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.
15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.
16. Hargailah ‘privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.
17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.
18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia
sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu.
Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..
19 Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.
20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar